Hubungi . |
mahasiswaupm@yahoo.com |
|
|
Arkib GMM
|
||||||||||||||||||||
Pertarungan hidup dan mati; begitulah yang dapat diungkapkan oleh Editor JAMIS terhadap situasi GMM. Terdesak untuk meraih sokongan mahasiswa, GMM telahpun menjemput mahasiswa untuk menyertai rakaman siri 'Finding Angles' di NTV7 pada 24 Ogos 2006 dengan bayaran yuran RM10. Terdesak dan tidak puas dengan bayaran itu, GMM melalui jurucakapnya Poay Hua telah memaksa segelintir mahasiswa yang menyertainya agar membawa kamera untuk tujuan dokumentasi.
Sebulan sebelum ini, GMM telah banyak menganjurkan program yang berbentuk luaran kepada mahasiswa baru terutamanya. Antaranya, program melawat kawasan mundur di Ampang Maju, menjemput mahasiswa baru untuk makan angin di sekeliling Sri Serdang, Balakong, dan lain-lain lagi.
Berselindung di sebalik program-program sedemikian inilah, GMM dipercayai dengan perlahan-lahan mula meresapkan sentimen membencikan kepimpinan universiti ke dalam jiwa mahasiswa. GMM sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mahasiswa (kaum Cina) menyokong mereka untuk memenuhi matlamat mereka.
Pilihanraya Kampus 2007 (PRK2007) yang bakal muncul tidak lama lagi, sekali lagi akan mengundang GMM untuk mempamerkan belang mereka mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). |
Anda ada berita mengenai mahasiswa pembangkang di kampus hijau ini? Sila kirimkan berita anda ke; mahasiswaupm@yahoo.com |
<<Kembali ke Halaman Utama M-U
|
|
||
|
|